LUKISAN PIKTORIAL - OBLIK
Lukisan piktorial oblik juga merupakan salah satu dari
pecahan lukisan teknik. Dalam lukisan teknik, piktorial oblik merupakan pecahan
dalam lukisan geometri kategori bongkah. Baiklah, kita review sedikit agar
dapat gambaran dimana letakknya kategori lukisan oblik.
Pecahan lukisan teknik
Lakaran
Lukisan Geometri @ Lukisan Bengkel
#
Satah
- Unjuran
Ortografik
#
Bongkah @ 3D
- Lukisan
piktorial seperti lukisan perspektif, isometri, oblik dan himpunan/pemasangan
Lukisan mengikut bidang tertentu.
Unjuran Oblik
Sebagai contoh, lukisan oblik bagi sebuah kiub di mana
permukaan hadapannya selari dengan satah unjuran. Dalam lukisan oblik , garisan
unjuran dari objek adalah juga garisan selari tetapi oblik kepada satah
unjuran. Oleh itu, dalam unjuran oblik, pelukis dapat menghasilkan satu
pandangan bergambar bagi objek tersebut.
Ciri-ciri oblik dapat dikelaskan kepada tiga iaitu:
- Unjuran kavalier (menggunakan ukuran sebenar pada bahagian satah dan unjuran)
- Unjuran cabinet (menggunakan 1/2 daripada ukuran sebenar)
- Oblik Am (menggunakan 3/4 daripada ukuran sebenar)
Dalam unjuran oblik, pandangan hadapan dilukis mengikut saiz
sebenar, dan permukaan surut dilukis pada sudut untuk memberi satu bentuk yang
tampak.
Unjuran oblik ini mempunyai kelebihan yang menunjukkan satu
muka atau pandangan hadapan objek tanpa sebarang gangguan iaitu pandangan
hadapan objek yang kedudukannya sekata diatas paksi yang rata. Dalam setiap
kelas, unjuran oblik dilukis menggunakan 3 paksi oblik (surut) dengan sudut
yang berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60 darjah. Perlu diingatkan bahawa dalam
setiap kelas, unjuran dilukis menggunakan ukuran objek yang sama (mengikut
ukuran kelas)tetapi pada sudut yang berbeza. (ukuran sama, sudut berbeza).
Lukisan di atas paksi oblik
KELAS OBLIK
- KAVALIER
Lukisan oblik kelas kavalier dilukis mengikut ukuran sebenar
objek tersebut. Lukisan oblik kavalier agak kurang realistik kerana agak sukar
melukis objek pada ukuran sebenar sekiranya objek tersebut besar. Lukisan
menggunakan 3 jenis sudut yang berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60 darjah.
Perlatan melukis yang diperlukan ialah papan lukis, set
pembaris, pensil 2B yang tajam
Langkah 1 - lukis sebuah bongkah pada paksi yang rata
seperti dalam gambarajah. Ini adalah contoh lukisan oblik kavalier pada sudut
45 darjah.
Hasil lukisan oblik kavalier pada sudut 45 darjah.
Sumber animasi dari http://phdtechnicaldrawing.pbworks.com/
2. KABINET
Lukisan oblik kabinet selalunya digunakan untuk bidang yang
berkaitan lukisan perabot. Hal ini kerana ianya lebih realistik dari aspek
ukuran. Ukuran yang digunakan ialah 1/2 dari ukuran sebenar. Masih menggunakan
3 jenis sudut yang berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60 darjah.
Gambaran perbezaan oblik kavalier dan oblik kabinet
contoh 1
gambar sumber dari
http://phdtechnicaldrawing.pbworks.com
contoh 2
Dapat kita lihat perbezaan antara kavalier dan kabinet yang
mana ukuran kabinet lebih kecil dari ukuran kavalier (kabinet separuh ukuran
kavalier)
3. AM
Lukisan oblik am sama juga seperti kavalier dan kabinet cuma
ada perbezaan dari aspek ukuran. Oblik am dilukis menggunakan 3/4 dari ukuran
sebenar. Masih menggunakan 3 jenis sudut yang berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60
darjah.
No comments:
Post a Comment