UNJURAN SUDUT PERTAMA
Setelah mempelajari tentang lukisan ortografik unjuran sudut ketiga sebelum ini, dalam entry kali ini kami akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang unjuran sudut pertama pula. Masih dalam lukisan ortografik tetapi sudut pertama yang mana ianya merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
Lukisan dalam sudut unjuran pertama ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu sama lain pada sudut tepat. Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.
Langkah-langkah melukis pandangan hadapan, pelan dan sisi melalui objek dalam rajah di bawah:
Langkah pertama:
Lukiskan pandangan hadapan pada petak kedua sebelah kanan atas:
Langkah ke dua:
Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke bawah untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:
Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan
Langkah ke tiga:
Selepas itu, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak .
Langkah ke empat:
Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kiri.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.

Berikut merupakan simbol bagi unjuran sudut pertama:
Rajah di bawah merupakan kedudukan pandangan-pandangan bagi sudut pertama:
Langkah-langkah melukis pandangan hadapan, pelan dan sisi melalui objek dalam rajah di bawah:
Langkah pertama:
Lukiskan pandangan hadapan pada petak kedua sebelah kanan atas:
Rajah 1: Pandangan hadapan
Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke bawah untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:
Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan
Langkah ke tiga:
Selepas itu, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak .
Rajah 3: pandangan hadapan, pelan, dan unjuran
kepada garisan bersudut tegak
Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kiri.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.
Rajah 4: Kedudukan pandangan hadapan, pelan dan pandangan sisi
VIDEO PANDANGAN UNJURAN SUDUT PERTAMA...
No comments:
Post a Comment