Wednesday, May 9, 2012

Tugasan Dua

Assalamualaikum, untuk kali ini, kami telah mengemaskini blog kami dan menambah beberapa perkara berkaitan lukisan kejuruteraan iaitu, unjuran Sudut Pertama, Lukisan Piktorial-Oblik dan Isometri. Kami juga telah mengemaskini pandangan unjuran Sudut Ke tiga serta Lukisan Teknik. 

Selain itu, terdapat beberapa video untuk para pengunjung. Semoga segala yang kami coretkan ini dapat membantu para pengunjung sedikit sebanyak tentang lukisan kejuruteraan.

Sekian, Wassalam..

~NisYanAniWan~


Thursday, May 3, 2012

Sudut Pertama



UNJURAN SUDUT PERTAMA

Setelah mempelajari tentang lukisan ortografik unjuran sudut ketiga sebelum ini, dalam entry kali ini kami akan memberi sedikit sebanyak maklumat tentang unjuran sudut pertama pula. Masih dalam lukisan ortografik tetapi sudut pertama yang mana ianya merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan.


Lukisan dalam sudut unjuran pertama ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya. Kesemua satah ini bertemu antara satu sama  lain pada sudut tepat.  Pandangan hadapan berada di sebelah atas yang selari dengan pandangan sisi, manakala bagi pandangan atas berada di bawah pada kedudukan pandangan hadapan.





Berikut merupakan simbol bagi unjuran sudut pertama:







Rajah di bawah merupakan kedudukan pandangan-pandangan bagi sudut pertama:






Langkah-langkah melukis  pandangan hadapan, pelan dan sisi melalui objek dalam rajah di bawah:










Langkah pertama:


Lukiskan pandangan hadapan pada petak kedua sebelah kanan atas:


                                    
  Rajah 1: Pandangan hadapan



Langkah ke dua:


Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke bawah untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:




                          Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan




Langkah ke tiga:


Selepas itu, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak .



Rajah 3: pandangan hadapan, pelan, dan unjuran 
kepada garisan bersudut tegak



Langkah ke empat:


Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kiri.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.



Rajah 4: Kedudukan pandangan hadapan, pelan dan pandangan sisi


VIDEO PANDANGAN UNJURAN SUDUT PERTAMA...




Wednesday, April 4, 2012

About Us



Nama : Nur Khairunnisak bt. Abd Rahim
No Matrik: D20101038624
Jurusan:  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian
Semester: 4









Nama: Ezlianawani bt Hashim
No Matrik: D20101038643
Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian
Semester: 4






Nama: Wan Saidah bt Wan Ismail
No Matrik: D20101039418
Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian
Semester: 4





Nama: Rohani bt. Mohamad
No Matrik: D20101039408
Jurusan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumat dengan Kepujian
Semester: 4







Friday, March 30, 2012

PANDANGAN UNJURAN SUDUT KETIGA

PANDANGAN UNJURAN SUDUT KETIGA


Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kedudukan pandangan sudut unjuran ketiga pula dijelaskan bahawa 

  • arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah
  • pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan. Dalam lukisan ortografik mempunyai tiga arah pandangan iaitu :-    

  • Pandangan atas (pelan)
  • Pandangan hadapan
  • Pandangan sisi

1) Simbol bagi sudut pandangan ketiga :



Rajah di bawah menunjukkan kedudukan bagi pandangan hadapan, pelan atau juga dikenali sebagai pandangan atas dan pandangan sisi bagi sudut ketiga:




2) Langkah-langkah melukis Pandangan Hadapan,  Pelan dan Pandangan Sisi  melalui objek di bawah :-






i)  Langkah pertama:

Lukiskan pandangan hadapan pada petak pertama sebelah kiri bawah:






                                                   Rajah 1: P
andangan hadapan





ii) Langkah ke dua:


Unjurkan garisan melalui pandangan hadapan yang telah dilukis, ke atas untuk mendapatkan bentuk pandangan pelan yang juga dikenali sebagai pandangan atas:





  
Rajah 2: Pandangan pelan dan hadapan 




iii) Langkah ke tiga:


Kemudian, daripada pandangan pelan, buat unjuran kepada garisan bersudut tegak .





Rajah 3: pandangan hadapan, pelan, dan unjuran 
kepada garisan bersudut tegak



iv) Langkah ke empat:

Daripada pandangan hadapan pula, buat unjuran garisan ke kanan.
Setelah itu, sambungkan garisan tersebut dengan garisan yang bersudut tegak tadi, untuk membentuk pandangan sisi.



Rajah 4: Kedudukan pandangan hadapan, pelan dan pandangan sisi





3) Contoh objek kedua :



Berikut merupakan kedudukan ketiga-tiga pandangan unjuran dalam sudut ketiga berdasarkan objek di atas :







4) Contoh Objek ketiga :


                                               i.


                                            ii.

                                           
                                iii.


5) Contoh objek ke empat:


                               i.


                                                ii.


                           iii.



6) Contoh kelima:








CONTOH VIDEO UNJURAN SUDUT KE TIGA





Gambar berkaitan

Binaan rumah yang menggunakan konsep unjuran 
sudut ke tiga: